Jangan bebankan selain yang diwajibkan
Posted by page-azimah on December 22 2015 16:52:33
Tunjuk teladan: Wajibkan dahulu menteri solat subuh berjemaah, kata NGO
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Saturday November 21, 2015

KUALA LUMPUR, Nov 21 — Sebuah kumpulan ibu bapa menggesa anggota kabinet dan ketua jabatan kerajaan menunjukkan contoh yang baik dengan solat subuh berjemaah di masjid sebelum mewajibkan amalan yang sukar itu kepada pelajar.

“Pemimpin mestilah tunjukkan teladan. Semua kakitangan kerajaan yang lelaki khususnya menteri dan ketua jabatan diwajibkan berjemaah di masjid dahulu sebelum memaksa amalan ini kepada anak-anak,” kata naib pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page) .

Extended News
Tunjuk teladan: Wajibkan dahulu menteri solat subuh berjemaah, kata NGO

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Saturday November 21, 2015
12:35 PM GMT+8

Foto menunjukkan orang Islam sedang bersolat di sebuah masjid di Sepang. — Foto Reuters

Foto menunjukkan orang Islam sedang bersolat di sebuah masjid di Sepang. — Foto Reuters

KUALA LUMPUR, Nov 21 — Sebuah kumpulan ibu bapa menggesa anggota kabinet dan ketua jabatan kerajaan menunjukkan contoh yang baik dengan solat subuh berjemaah di masjid sebelum mewajibkan amalan yang sukar itu kepada pelajar.

“Pemimpin mestilah tunjukkan teladan. Semua kakitangan kerajaan yang lelaki khususnya menteri dan ketua jabatan diwajibkan berjemaah di masjid dahulu sebelum memaksa amalan ini kepada anak-anak,” kata naib pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page) .

Sulaiman Mahran juga berkata jika benar pelajar sekolah di Putrajaya diwajibkan bersolat subuh berjemaah di masjid, maka ceramah perlu dikecualikan.

“Wajib hanya perlu kepada solat sahaja. Bukan doa panjang mahu pun ceramah.

“Jangan bebankan kanak-kanak melebihi daripada apa yang disuruh Allah,” katanya dalam satu pesanan ringkas kepada ProjekMMO.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam dilaporkan berkata Putrajaya akan melaksanakan program solat berjemaah dan kuliah subuh untuk pelajar di masjid dan surau dalam parlimen tersebut sebelum memulakan sesi persekolahan.

Menteri wilayah persekutuan berkata program perintis tersebut akan dilaksanakan tidak lama lagi bagi menggalakkan pelajar bersolat subuh bersama-sama sebelum memulakan aktiviti harian.

“Turut diadakan ialah sesi kuliah dan sarapan pagi disediakan kepada semua murid dan pelajar terlibat,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Senada dengan Page, aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa turut menggesa pihak yang mahu mewajibkan pelajar solat subuh berjemaah agar “awal-awal lagi datang ke masjid dan jangan hanya pandai berkata-kata.”

Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) juga berkata ibadah memerlukan keikhlasan maka kanak-kanak perlu dididik beramal dengan ikhlas.

“Solat adalah hubungan makhluk dengan pencipta-Nya. Maka keikhlasan adalah sesuatu yang amat ditekankan dalam urusan beribadah kepada Tuhan.

“Lantaran itu, mereka yang bangun untuk melaksanakan solat subuh berjemaah mestilah melakukannya dengan kerelaan hati sendiri bukannya kerana paksaan.

“Bukannya kerana takut akan satu perintah atau kekuasaan yang lain daripada kekuasaan Tuhan yang Esa,” katanya kepada ProjekMMO.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tunjuk-teladan-wajibkan-dahulu-menteri-solat-subuh-berjemaah-kata-ngo#sthash.JGtTbVTb.dpuf

Link